Monday, December 31, 2012

Kota Marudu~

Kali terakhir aku ke kota ini, rasanya ketika umurku 13tahun... terlalu lama.. ini kembara keluarga ..kembara KAMI~

4jam perjalanan buat aku tenang , duduk di bangku belakang bertemankan pemain mp3 melodi perancis dan 2budak nakal.. tapi, lensa mata aku lebih tertumpu pada keindahan ciptaanNYA~ 


3hari 2malam aku disini, menghadiri majlis perkahwinan sepupu..entah dalam tahun nie dah berapa hotel tempat aku menginap ..aku suka senireka sesuatu bangunan..ya, aku suka! 
(kalau ke Kota Marudu, aku cadangan duduk hotel ni.. harga dalam rm88 semalam )


penawar HATI ~



Wednesday, December 26, 2012

aku & dia ~

'kamu'
singgah sebentar membasahi kaki.
sejuk dalam prosa aku.
dulu ada aku & dia.
kini hanya ada 'aku'.
kamu di mana? bawa aku .
aku di sini statik.
dalam deras ombak .
menanti kamu tiba lagi .
untuk cipta rasa silam.
aku & dia ~

(untuk 'kamu' yang hilang)


masak & air laut ~




terima-kaseh buat telefon pintar 'Nokia N8'..
anda memang pintar~

Sunday, December 23, 2012

Filem Pendek : KETAGURAN

Assalammualaikum,
sedari dulu dunia perfileman memang jiwa aku, cuma perangkap malas aku yang tidak cuba menolak~
'KETAGURAN' adalah penggunaan bahasa Melayu Brunei yang bermaksud 'di sampuk' dalam istilah alam mistik. Kenapa genre seram yang dipilih? mungkin pemilihan lokasi yang secara tak sengaja dijumpai...







Antara suasana di lokasi , kedudukan barang2 memang tak di'setting' langsung ~


biar kami cuba, untuk kali ini~






naskhah : Lari Dari Syurga ~


SYURGA itu indah bukan?

Assalammualaikum,
catatan kali ni aku ingin selitkan tentang senaskah buku.. 'aku memang ulat buku'..itu hakikatnya bahawa memang dari kecil jiwa aku sudah terarah untuk membaca..dan terus membaca. tak tau sampai bila? mungkin sampai bila-bila~
kenapa aku beli naskhah ni? pelaburan rm25 untuk sejuta rasa bagi aku sangat berbaloi..apatah lagi untuk membaca karya2 anak tempatan yg aku rasakan 'agak berani'..menulis di luar 'kotak otak' .. tulisan yang segar dengan penggunaan ayat-ayat yang 'mistik' bagi aku.. 17 cerpen dalam gaya bahasa yang berbeza pada 1 tema yang sama~

puisi yang diselitkan dalam naskhah ni :

Bagai patung di sudut gelap,
kaku di dalam kotak batu,
siang, malam, sama,
Aku sendiri..

Ya, ini syurgaku,
segalanya sempurna lahirnya,
bahagia datang tiada henti,
datang bersama sebuah sunyi,
kesal, sedih, aku sendiri..

Taufik Khadri adalah orang yang bertanggungjawab buat otak aku ingin memiliki naskhah ni .. beliau adalah senior aku ketika di kampus UNIMAS namun kami tak pernah bertegur-sapa (betul kan pok?) ..
Penagih Darah Hitam? menyirap darah aku baca tajuk ni.. apa isinya seperti tajuknya? gaya tulisanmu buat aku mengigau ! karya bersahaja dan tiada tapisan dalam karyanya buat aku mau tahu dan ingin tahu..

apa yang aku dapat simpulkan untuk naskhah lari dari syurga :
jika sebiji periuk api atau bom jangka disebelahmu, masa itu kamu sedang khayal menelaah baris2 naskhah ini..apa kamu akan lari? 

Saturday, December 22, 2012

runsing kau ketepi!

untuk apa cipta rasa runsing?
walhal berjuta rasa tenang di depanmu,
kau perangkap runsing dalam jaring-jaring otakmu,
tanpa kau sedar,kau adalah pengembalanya.

kau bangun tidur, kau senyum dalam runsingmu,
kau lelap malam hari, kau tangis dalam runsingmu,

eh..! tu semua karut la!
runsing kau ketepi !

buat apa kau menari-nari di depanku?
kau buat aku rajin untuk membina tembok konkrit,
atau biar aku cari tali hitam pengikat mata,
biar aku 'buta' dari nampak kamu.

daripada celik ....
mengumpul prosa runsing,
dalam kotak hitam yang semakin mencair,
runsing kau ketepi!

Friday, December 21, 2012

Kota Tenom~

Penghujung Desember,
Aku berikan kesimpulan bulan ini adalah syurga buah-buahan..
Dan bulan 'cuci mata' untuk aku..hampir khatam peta Sabah aku terokai penghujung tahun ini...buat aku rasa diari aku sudah penuh muka suratnya ..dan terpaksa disambung dengan 'sticky note' !

Destinasi kali ini adalah 'Kota Tenom' ! aku dan angkatan 'sepupu-sepapat' mahu merakam sedikit kenangan di sini..di kota ini!







Tuesday, November 27, 2012

AKU PENGEBLOG

AKU PENGEBLOG
Aku hanya pengeblog sepi..yang menulis sendirian tanpa siapapun membaca..
sebut saja 'jurnal si penconteng' ..pasti tiada siapa yang tahu wujudnya..
tapi, hari ini aku mahu belajar menulis..
kerna hadirnya si pengeblog hebat..
buat inspirasi rasa hati dan tangan untuk terus menulis~

Ikan Kukus SuperNova~

Gaulkan bahan utama iaitu isi ikan (nerayan) dengan beberapa bahan seperti bawang merah,bawang putih,daun sup,tomato kecil,garam, ajinomoto,serbuk buah pelaga dan serbuk kunyit .
Letakkan sayur kobis di atas foil.. kemudian masukkan semua bahan tadi dan gaul bersama sos lada hitam sarawak sehingga sebati.
kukus selama 20minit..
Siap untuk dihidangkan ^_^

Monday, November 26, 2012

travelog 12jam (part2)

Assalammualaikum..
jujur aku katakan.... aku sangat suka suasana pagi di sini...TAWAU ~




hak makan..hak saya ~

kaki aku sudah tidak sabar untuk menjelajah ke kota yang sangat asing bagi aku ni~




Saturday, November 24, 2012

travelog 12jam'

"aku hanya mahu mengembara ke wilayah jauh dari asalku.. aku mahu tenang dalam fitnah rasa yang terlalu lama tersekat"....aku mahu bebas pada khayal semalam ! ayuh ! 12jam pengembaraan bermula !

5.30 am
Aku hanya menyelitkan beberapa barang penting untuk 3hari 4malam..apa yang aku rasa perlu ~
tidak sabar rasanya untuk melewati suasana perjalanan yang berbeza-beza... aku akan rasa panas,dingin,berbatu,hijau.....
" 2jam - aku sudah berada di kota kundasang iaitu kaki Gunung Kinabalu..sudah banyak kali aku kesini..aku terlalu suka dengan kabus tebal dan kesederhanaan kota ini " mengejar sang kabus ~




ya.. aku suka kota kundasang !

"10jam - syurga buat peneroka letaknya di sini.. 'lahad datu'...wilayah yang penuh dengan kelapa sawit.. jalan yang berbukit-bukau bukan penghalang untuk terus ke destinasi "...



" 12 jam - destinasi T.A.W.A.U.. alhamdullilah " ~






Monday, November 12, 2012

sudah~

aku tidak suka pada bias semalam,
yang memberontak otak bernyanyi-nyanyi,
yang mengejek memujuk dosa,
biar aku tidur lewat malam ini,
membelah tengkorak...agar bersih~

gerak~


saat aku bergerak-gerak,
wujud malas untuk berpaling ke belakang lagi,
pada perasaan yang aku cipta sendiri,
bukan aku 'sombong' untuk menoleh..
tapi aku sudah meluat pada mereka-mereka...
yang 'tidak punya peduli' ~




suara lensa~



saat suara lensa berbisik merdu,
ke telinga berkata sudah,
aku pejam lantas menghayati,
setiap bait-baitnya....

ada rosak..calar...hancur,
namun teguh berkata seni,
ku catatkan bicara alam,
tangan-tangan manusia,
dalam panorama menyanyi-nyanyi,
lagu seruling otak pengetik lensa~ 




Saturday, July 28, 2012

imaginary~

aku mahu pulang pada masa lalu..
untuk melihat keriangan penuh 'imaginary'..
suka ku lihat rama-rama menjadi lelayang..
suka ku lihat sang burung menjadi jet pejuang..


dan pada ketika si kecil mula belajar menyusun puzzle~
(anak buahku : awangku Nazmi Irfan 6tahun)