Monday, December 31, 2012

Kota Marudu~

Kali terakhir aku ke kota ini, rasanya ketika umurku 13tahun... terlalu lama.. ini kembara keluarga ..kembara KAMI~

4jam perjalanan buat aku tenang , duduk di bangku belakang bertemankan pemain mp3 melodi perancis dan 2budak nakal.. tapi, lensa mata aku lebih tertumpu pada keindahan ciptaanNYA~ 


3hari 2malam aku disini, menghadiri majlis perkahwinan sepupu..entah dalam tahun nie dah berapa hotel tempat aku menginap ..aku suka senireka sesuatu bangunan..ya, aku suka! 
(kalau ke Kota Marudu, aku cadangan duduk hotel ni.. harga dalam rm88 semalam )


penawar HATI ~



Wednesday, December 26, 2012

aku & dia ~

'kamu'
singgah sebentar membasahi kaki.
sejuk dalam prosa aku.
dulu ada aku & dia.
kini hanya ada 'aku'.
kamu di mana? bawa aku .
aku di sini statik.
dalam deras ombak .
menanti kamu tiba lagi .
untuk cipta rasa silam.
aku & dia ~

(untuk 'kamu' yang hilang)


masak & air laut ~




terima-kaseh buat telefon pintar 'Nokia N8'..
anda memang pintar~

Sunday, December 23, 2012

Filem Pendek : KETAGURAN

Assalammualaikum,
sedari dulu dunia perfileman memang jiwa aku, cuma perangkap malas aku yang tidak cuba menolak~
'KETAGURAN' adalah penggunaan bahasa Melayu Brunei yang bermaksud 'di sampuk' dalam istilah alam mistik. Kenapa genre seram yang dipilih? mungkin pemilihan lokasi yang secara tak sengaja dijumpai...







Antara suasana di lokasi , kedudukan barang2 memang tak di'setting' langsung ~


biar kami cuba, untuk kali ini~






naskhah : Lari Dari Syurga ~


SYURGA itu indah bukan?

Assalammualaikum,
catatan kali ni aku ingin selitkan tentang senaskah buku.. 'aku memang ulat buku'..itu hakikatnya bahawa memang dari kecil jiwa aku sudah terarah untuk membaca..dan terus membaca. tak tau sampai bila? mungkin sampai bila-bila~
kenapa aku beli naskhah ni? pelaburan rm25 untuk sejuta rasa bagi aku sangat berbaloi..apatah lagi untuk membaca karya2 anak tempatan yg aku rasakan 'agak berani'..menulis di luar 'kotak otak' .. tulisan yang segar dengan penggunaan ayat-ayat yang 'mistik' bagi aku.. 17 cerpen dalam gaya bahasa yang berbeza pada 1 tema yang sama~

puisi yang diselitkan dalam naskhah ni :

Bagai patung di sudut gelap,
kaku di dalam kotak batu,
siang, malam, sama,
Aku sendiri..

Ya, ini syurgaku,
segalanya sempurna lahirnya,
bahagia datang tiada henti,
datang bersama sebuah sunyi,
kesal, sedih, aku sendiri..

Taufik Khadri adalah orang yang bertanggungjawab buat otak aku ingin memiliki naskhah ni .. beliau adalah senior aku ketika di kampus UNIMAS namun kami tak pernah bertegur-sapa (betul kan pok?) ..
Penagih Darah Hitam? menyirap darah aku baca tajuk ni.. apa isinya seperti tajuknya? gaya tulisanmu buat aku mengigau ! karya bersahaja dan tiada tapisan dalam karyanya buat aku mau tahu dan ingin tahu..

apa yang aku dapat simpulkan untuk naskhah lari dari syurga :
jika sebiji periuk api atau bom jangka disebelahmu, masa itu kamu sedang khayal menelaah baris2 naskhah ini..apa kamu akan lari? 

Saturday, December 22, 2012

runsing kau ketepi!

untuk apa cipta rasa runsing?
walhal berjuta rasa tenang di depanmu,
kau perangkap runsing dalam jaring-jaring otakmu,
tanpa kau sedar,kau adalah pengembalanya.

kau bangun tidur, kau senyum dalam runsingmu,
kau lelap malam hari, kau tangis dalam runsingmu,

eh..! tu semua karut la!
runsing kau ketepi !

buat apa kau menari-nari di depanku?
kau buat aku rajin untuk membina tembok konkrit,
atau biar aku cari tali hitam pengikat mata,
biar aku 'buta' dari nampak kamu.

daripada celik ....
mengumpul prosa runsing,
dalam kotak hitam yang semakin mencair,
runsing kau ketepi!

Friday, December 21, 2012

Kota Tenom~

Penghujung Desember,
Aku berikan kesimpulan bulan ini adalah syurga buah-buahan..
Dan bulan 'cuci mata' untuk aku..hampir khatam peta Sabah aku terokai penghujung tahun ini...buat aku rasa diari aku sudah penuh muka suratnya ..dan terpaksa disambung dengan 'sticky note' !

Destinasi kali ini adalah 'Kota Tenom' ! aku dan angkatan 'sepupu-sepapat' mahu merakam sedikit kenangan di sini..di kota ini!