Sunday, December 23, 2012

naskhah : Lari Dari Syurga ~


SYURGA itu indah bukan?

Assalammualaikum,
catatan kali ni aku ingin selitkan tentang senaskah buku.. 'aku memang ulat buku'..itu hakikatnya bahawa memang dari kecil jiwa aku sudah terarah untuk membaca..dan terus membaca. tak tau sampai bila? mungkin sampai bila-bila~
kenapa aku beli naskhah ni? pelaburan rm25 untuk sejuta rasa bagi aku sangat berbaloi..apatah lagi untuk membaca karya2 anak tempatan yg aku rasakan 'agak berani'..menulis di luar 'kotak otak' .. tulisan yang segar dengan penggunaan ayat-ayat yang 'mistik' bagi aku.. 17 cerpen dalam gaya bahasa yang berbeza pada 1 tema yang sama~

puisi yang diselitkan dalam naskhah ni :

Bagai patung di sudut gelap,
kaku di dalam kotak batu,
siang, malam, sama,
Aku sendiri..

Ya, ini syurgaku,
segalanya sempurna lahirnya,
bahagia datang tiada henti,
datang bersama sebuah sunyi,
kesal, sedih, aku sendiri..

Taufik Khadri adalah orang yang bertanggungjawab buat otak aku ingin memiliki naskhah ni .. beliau adalah senior aku ketika di kampus UNIMAS namun kami tak pernah bertegur-sapa (betul kan pok?) ..
Penagih Darah Hitam? menyirap darah aku baca tajuk ni.. apa isinya seperti tajuknya? gaya tulisanmu buat aku mengigau ! karya bersahaja dan tiada tapisan dalam karyanya buat aku mau tahu dan ingin tahu..

apa yang aku dapat simpulkan untuk naskhah lari dari syurga :
jika sebiji periuk api atau bom jangka disebelahmu, masa itu kamu sedang khayal menelaah baris2 naskhah ini..apa kamu akan lari? 

No comments:

Post a Comment