Saturday, July 28, 2012

imaginary~

aku mahu pulang pada masa lalu..
untuk melihat keriangan penuh 'imaginary'..
suka ku lihat rama-rama menjadi lelayang..
suka ku lihat sang burung menjadi jet pejuang..


dan pada ketika si kecil mula belajar menyusun puzzle~
(anak buahku : awangku Nazmi Irfan 6tahun)


Friday, July 27, 2012

sang awan ~

tatkala renung luar ..menyusul senja laungan azan ..
aku memandang senyum dongak langit..
biru..putih yang mampu ku bicarakan erti tenang..

apakah akan ada lagi waktu berbuka ramadhan yang paling indah seperti hari ini?


Thursday, July 26, 2012

bias cermin~

mungkin aku sudah tua untuk menghadap cermin,
atau terlalu lama tidak menghadap cermin,
norma biasa manusia + cermin,
buat kita tahu rupabentuk,
pertambahan usia,
agar kita sentiasa ingat akan 'lajunya sang masa'
dalam bias cermin yang memperli sinis~

Tuesday, July 17, 2012

sinar ~

Terlalu indah dan menakjubkan fenomena hari ini ~
inilah kali pertama dua orang anak buahku melihat fenomena seperti ini..
apalagi RayBan akulah yang jadi mangsa .. :)
biarlah aku mengajar mereka tentang kebesaran Ilahi ~




Wednesday, July 4, 2012

selangkah antara murung dan cahaya~

Beberapa bulan bekerja di salah satu syarikat di bawah bayu...buat aku mengerti banyak perkara..penat, komitmen, stress, ilmu, ~ Banyak benda yang membuatkan diriku melangkah sedikit rasa matang ..