Sunday, November 16, 2014

BRUNEI DARUSSALAM, aku datang!

jika mahu duduk bersila berzikir tenang, aku pilih di sini~




















menulis~

sudah lama tidak menulis,
aku sudah lupa cara memegang mata pen,
para laba-laba memerhati,
sayup kipas memutar pening,
helah nafas panjang, terbaring...
nota kecil merajuk dan aku sudah penat untuk memujuk~

Monday, August 4, 2014

halusinasi

malam ini,
kelam...suram..
sendiri aku meratah halusinasi..
yang pasti membinasakan lena tidurku..
putaran kipas lantai memberanikan habuk bertebaran..
silau kalimantang memanah sang mata..
kosong...mana halusinasi tadi ? sudah menyerah kalah?
aku memenjarakan kau dalam selimut kepala..
membiarkan kau terkial-kial mencari pintu keluar..
sekarang kau ku gelar pengecut!
halusinasi pergi kau..
lelap-lah sang mata..
mimpikan menjenguk lagi~

Monday, June 9, 2014

kuching - sibu~

tamat-lah percutian singkat di meowcity..seawal jam6 pagi menghirup secawan nescafe panas sebagai pengalas perut..

kuching, aku kembali~

setelah hampir 3tahun, aku kembali menjejakkan kaki di bumi kenyalang~

Tuesday, April 22, 2014

aku yang baru~

selagi telapak kaki aku kebal.
untuk berpijak pada bayangku sendiri.
akan ku terus bertahan sampai noktah yang terakhir.
2014, tolong kirimkan aku catatan yang indah-indah.
kali ini~