Thursday, June 30, 2011

Holiday Rock Chenta

Day 1
Flight aku jam 8.50pm, meminta seorang teman untuk menghantar aku ke airport..setelah check-in dan  ambil boarding pass ..dapat lak seat 17 B..boring dalam kotak bersayap ni...aku memang suka bila dapat flight malam,pemandangan sekitar Kuching dari atas memang cantik..lampu neon kuning memaksa aku untuk terus menjenguk ke bawah. Terlelap dan pabila terjaga pula xsedar dah sampai(10.50pm)..berdebar rasa hati ..Di hadapan pintu LCCT...gadis berbaju biru menjemputku..dan xlupa kpd akak cun n abg tegap coz sudi amek ..walaupun aku tau diorang penat dari keja..kesian........perjalanan melalui tol-tol berbayar...jln yang jarang ku lintasi gelap...Dalam 1jam 20m sampai gak area country homes,Rawang. Jam menunjukkan sekitar 12.30am..Then,g mkn dulu ( thank aunty serene ..belanja mkn )

Day 2
Bangun pagi : nasi lemak best...hari ni dapat lak tlong aunty serene wat tugas mulia :)........tp xlupa juga hari ni ada solat jumaat...pas solat layan baby2 kiut Dany ngan Ica...memang diorang ni best nak jaga..yang sorang ni aktif ,sorang lagi pasif...hehe...
Petang pula continue tlong aunty sambil blaja wat bunga...leh la pasni buka kedai gubah bunga...mana cik azweena? tido ke?




Sunday, June 19, 2011

Rekaan Aku

Mengimbas kembali segala Hasil Rekaan aku ni...Segala titik peluh untuk menghasilkan setiap projek yang diberikan setiap semester...menghabiskan masa,wang ringgit dan tenaga aku untuk satu istilah 'kejayaan'...

List of Design
1.Recycle Multifunction Bags 2008
2.Digital Camera (Snapkid) 2008
3.Mini Furniture (Mi-Tacha) 2009
4.Future Blender (Blando) 2009
5.Table Lamp (Trengo) 2009
6.Multifunction Furniture (Mimo) 2010
7.Modern Broom (Mobro) 2010
8.Elecrical Bicycle (Lyke) 2011


Saturday, June 18, 2011

Qolbu

Malam sabtu....terdetik hati untuk pegi majlis ni..bagi anak muda seperti aku biasanya majlis-majlis sebegini jarang sekali untuk di jenguk..tidak popular kononnya...bagi jiwa muda..ahh! ni majlis untuk org tua-tua ni..
shhh..jgn begini anak muda..kita ni pelapis .so,mejlis mcm ni la yg patut kita pegi..bkn je dapat ilmu malah dapat pahala lagi..kan?


Majlis Tilawah Al-Quran  Kebangsaan Ke-54

Friday, June 17, 2011

antarasesi

3 bulan antara sisi-sisi konkrit yang sama
membaca,menulis apalagi menconteng
terus menerus tanpa henti
untuk satu titik kesempurnaan
'menara gading'

Insyallah,bakal ku tamatkan jua sisa hidupku sebagai anak kampus...3 bulan lagi untuk aku bergelar mahasiswa yang mampu terbang seperti burung..bebas mencari satu kedamaian hakiki...sepi..kosong ..sunyi...sayu rasa untuk aku meninggalkan UNIMAS tercinta..tempat aku mengenal banyak benda,peristiwa,rasa yang memang sangat baru bagi aku.3 tahun di sini buat aku rindukan banyak perkara.
Di sini buat aku merasa satu jiwa matang..pengorbanan..penat lelah..

Dari 0...aku mula mengenal apa itu 1..2...dan 3..

Betapa 3 tahun ini begitu bermakna buat aku, teman-teman ...kamu semua tidak akan aku lupakan saat susah senang kita bersama...mencalit warna-warna...senyum..muram..Ya,aku bangga punya teman seperti kalian .!
Industrial Design? apakah selepas aku menerima ijazah keramatku..aku akan mampu menjadi seorang pereka? ada bakat ke? cukup ke ilmu ni?
seperti angin masa berlalu...seperti hari baru hari pertama aku menjejakkan kaki di sini...