Tuesday, February 5, 2013

Rupanya KAU bohong ~

dulu, adalah hari-hari semalam yang tak pernah ke depan..
kebodohan itu, adalah si empunya kebodohan..
yang berpunca dari kebodohan semalam..

KAU pernah jadi guru untuk aku..
AKU hanya anak murid yang duduk membisu dan menurut..
KAU ajar aku erti memberi..
AKU terima, dengar sebab ku tak pekak..
AKU terima, lihat sebab ku tak buta..

KAU ajar aku untuk statik setia..
memegang erat hati dan simpan dalam kocek besi..
agar tiada siapapun mampu menyentuh..
AKU terima dan aku belajar..
sebab KAU guru aku..

kini, adalah hari sekarang dan jauh kedepan..
KAU senyum sinis pada aku..
KAU dakwat hati aku jadi gelap~

3 comments:

  1. tiada istilah bohong dari hati si empunya,
    bukan kerana mementingkan diri
    bukan kerana mencabar kesetiaan diri
    tapi manusia mana yang tahu
    kerana manusia tiada kuasa untuk mengetahui
    manusia tiada kuasa untuk lebih memahami
    bencinya hati lebih segera melupakan
    hitamnya hati lebih segera meleraikan
    jika 'KAU' membohongi
    bencilah 'KAU'
    dan teruskan langkah.

    menoleh ke belakang dan hanya membiarkan
    kerana ia akan statik di situ
    dan sentiasa di situ
    tiada yang dpt 'delete permanently'
    digapai tapi xsampai
    ditarik tapi terputus
    biarkan tapi menyakitkan
    namun itulah kehidupan
    yg pasti Allah itu punya rancangan sdri
    dan ia lebih baik
    bukan seperti kenangan yg dibentuk.

    salam

    ReplyDelete
  2. dulu kau pernah di sakiti..
    dulu kau minta aku jangan jadi seperti 'mereka2'
    aku angguk dan aku nekad..
    aku takkan jadi seperti 'mereka2'..
    sebab ku tahu kau sakit...

    tapi sekarang..
    mengapa kau pula jadi seperti 'mereka2'..?

    ini mimpi ngeri untuk manusia bergelar lelaki ~

    ReplyDelete